Wednesday, April 11, 2012

Meninjau Dapur 'Chef'

Teringin untuk meninjau kelas-kelas masakan di luar sana,saya cari-cari jadual 'dessert' pada hari biasa.Selalunya kelas-kelas masakan jatuh pada hari minggu,mana mungkin saya sertai kerana saya juga hanya ada sehari di hujung minggu untuk mengajar.

Kelmarin saya singgah di dapur K.Pau.Mesti ramai yang telah mengenali beliau .Lokasi yang senang ditemui membuatkan saya mengambil keputusan untuk belajar resipi terbaru beliau dari Indonesia.Pudding Triffle Pavlova (saya tertarik melihat hasil pudding ni di 'facebook' adik saya,kawannya telah pergi belajar terlebih dahulu),Pudding Mocha Peach,Puding Laici 'Dangdut' dan Puding Mango Cheese.

Mmmm..memang menarik hasilnya!

Puding Triffle Pavlova

Puding Mocha Apricot




''Dessert yang menyelerakan''

Sekadar membantu..

Lapisan tengah Puding

Menghias Puding Pavlova

Memasak Kastard

Puding Laici Dangdut

Mango Cheese Pudding


Setelah asasnya saya pelajari,saya mencuba versi saya pula,Puding Strawberi Cheese.Istimewa untuk hidangan minum petang di Hari Pertabalan Agong.Alhamdulillah..menjadi.



Temui saya di kelas masakan 'ala-ala hotel' pada 14hb April 2012 nanti.Saya akan kongsikan resipi-resipi ini serta ada yang 'Special' lagi! Nasi Dagang berlauk ikan tongkol.Kita cuba masakan tradisi pula ya!



Monday, April 9, 2012

KONGSI RESIPI:''Apple Coffee Tea Cake''

Apple Coffee Cake Slice

 Teringat saya ketika masih menuntut di Nottinham,UK,saya berkenalan dengan seorang AVON MANAGER..saya ambil peluang menjual produk Avon di sana..jualan saya biasa-biasa saja..malah lebih banyak membeli untuk diri sendiri buat barang hantaran bertunang.

Tapi apa yang ingin saya ceritakan adalah,sebelum saya berangkat pulang ke tanahair,Manager tadi (mungkin namanya Jane..saya tak berapa ingat)menjemput saya dan rakan2 ke rumahnya untuk minum petang.Kami dijamu dengan berbagai jenis 'Homemade cakes & pastry'.Saya begitu teruja! Saya bukanlah siapa2 istimewa tetapi hati Jane begitu mulia (walaupun beliau bukan beragama Islam.)

Resipi Apple Cake ini saya kongsikan sempena mengenang kebaikan beliau pada saya.Pada petang itu tak silap saya memang ada Apple Cake,cuma versi kali ini mengikut citarasa saya yang menggemari aroma kopi.

APPLE COFFEE CAKE (istimewa untuk minum petang)


Bahan:
  • 1 cwn mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 teaspoon vanilla
  • 2 cawan tep.gandum (ayak)
  • 1 sdkecil baking soda
  • 1 sdkecil baking powder
  • 1 cawan 'sour cream '(atau yogurt)
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/3 cawan kacang walnut/pecan
  • 4 sdbesar gula
  • 1 sdkecil serbuk kayu manis
  • biji epal hijau, kupas & hiris
Cara:
  1. Pukul gula & mentega. Tambah telur & esen vanilla.. Masukkan bahan2 kering selang seli dengan 'Sour Cream'(Krim masam). (Bahan2 kering;Tepung,kacang walnut serta serbuk soda & penaik)
     
  2. Curah separuh bancuhan ke dalam loyang.Susun epal di atas bancuhan,tabur sedikit serbuk kayu manis dan curah separuh lagi bancuhan di atasnya.Buat berulang2 kali sehingga habis bancuhan.. 
      3. Bakar 170'C 35-40 min

Tip Nana:Untuk lebih cantik tatkala dihias,bolehlah tabur gula aising di atas kek.
                  Jangan pilih  epal merah..nanti kek jadi terlalu manis.

Sunday, April 8, 2012

KONGSI RESIPI:''Bread n Butter Pudding''

Bread n Butter Pudding







Dalam banyak-banyak resipi,resipi inilah antara yang paling ramai nak belajar dan 'popular'.Ianya sedap malah amat ringkas untuk membuatnya...tapi jika kita tak pernah mencuba..asyik membeli je lah jawabnya.

Kepada Wani yang minta resipi,special untuk Wani..semoga boleh dikongsikan juga untuk semua.

Bahan:
12 keping roti putih/perang
1/2 cwn gula halus
2 sdbesar mentega
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar/tepung
3 sdbesar gula perang
Sedikit serbuk kayu manis
Kismis
Badam hiris
Kismis

Cara:
1.Carik2kan 8keping roti dalam mangkuk adunan.(Rendam seketika dgn air panas,sekadar terendam roti)
2.Setelah roti lembut (2 minit),masukkan gula halus,telur dan mentega.
3.Putar seketika dengan 'mixer'.
4.Curah adunan ke dalam loyang (disapu sedikit dasarnya dgn mentega)
5.Sapu mentega roti pada baki 4 keping roti,potong 4 dan susun di atas bancuhan tadi.
6.Tabur gula perang di atasnya.
7.Curah susu segar di atas bancuhan.Tabur hirisan badam.
8.Bakar pd suhu 170'C (20min)
9.Agak2 1 min sebelum angkat,tabur kismis di atas loyang,bakar lagi seminit & keluarkan dari 'oven'
10.Enak dimakan dengan sos kastard atau 'fresh cream' maupun aiskrim.

Sos Kastard:
1 1/2 cwn susu dimasak + 2 sd besar gula + 2 sdbesar tep.Kastard.(bancuh asing terlebih dahulu)

Tip Nana: Nak pudding lebih lembut? Pastikan susu yang dicurah menutupi semua bahagian adunan.Jika tidak,bahagian atas permukaan pudding kelihatan agak kering.