Monday, April 9, 2012

KONGSI RESIPI:''Apple Coffee Tea Cake''

Apple Coffee Cake Slice

 Teringat saya ketika masih menuntut di Nottinham,UK,saya berkenalan dengan seorang AVON MANAGER..saya ambil peluang menjual produk Avon di sana..jualan saya biasa-biasa saja..malah lebih banyak membeli untuk diri sendiri buat barang hantaran bertunang.

Tapi apa yang ingin saya ceritakan adalah,sebelum saya berangkat pulang ke tanahair,Manager tadi (mungkin namanya Jane..saya tak berapa ingat)menjemput saya dan rakan2 ke rumahnya untuk minum petang.Kami dijamu dengan berbagai jenis 'Homemade cakes & pastry'.Saya begitu teruja! Saya bukanlah siapa2 istimewa tetapi hati Jane begitu mulia (walaupun beliau bukan beragama Islam.)

Resipi Apple Cake ini saya kongsikan sempena mengenang kebaikan beliau pada saya.Pada petang itu tak silap saya memang ada Apple Cake,cuma versi kali ini mengikut citarasa saya yang menggemari aroma kopi.

APPLE COFFEE CAKE (istimewa untuk minum petang)


Bahan:
  • 1 cwn mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 teaspoon vanilla
  • 2 cawan tep.gandum (ayak)
  • 1 sdkecil baking soda
  • 1 sdkecil baking powder
  • 1 cawan 'sour cream '(atau yogurt)
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/3 cawan kacang walnut/pecan
  • 4 sdbesar gula
  • 1 sdkecil serbuk kayu manis
  • biji epal hijau, kupas & hiris
Cara:
  1. Pukul gula & mentega. Tambah telur & esen vanilla.. Masukkan bahan2 kering selang seli dengan 'Sour Cream'(Krim masam). (Bahan2 kering;Tepung,kacang walnut serta serbuk soda & penaik)
     
  2. Curah separuh bancuhan ke dalam loyang.Susun epal di atas bancuhan,tabur sedikit serbuk kayu manis dan curah separuh lagi bancuhan di atasnya.Buat berulang2 kali sehingga habis bancuhan.. 
      3. Bakar 170'C 35-40 min

Tip Nana:Untuk lebih cantik tatkala dihias,bolehlah tabur gula aising di atas kek.
                  Jangan pilih  epal merah..nanti kek jadi terlalu manis.