Tuesday, November 20, 2012

Meninjau Dapur Riang Bakery.

DAH lama saya tak meninjau Dapur orang..pada tarikh 20hb Nov 2012,saya 'Jalan-Jalan Cari Makan' bersama sahabat karib,Marlia mencari aroma ROTI,PIZZA DAN NASI ARAB di rumah kenalan baru.

Pusing punya pusing,sesat sampai Kilang KACA! Alamak! takkan buat roti kt kilang KACA???

Saya terus tak putus asa..mmg niat saya nak tuntut ilmu walau saya memang arif Pn Linda memang bakal memperkenalkan satu produk baru kepada kami sebenarnya..saya tak pernah kisah itu semua.Selok belok perniagaan saya dah alami,tak salah rasanya memberi peluang dan ruang utk anak bangsa sendiri nak berniaga dengan cara dan gaya tersendiri.

Akhirnya saya tiba di kawasan yang dimaksudkan..kelas dah bermula tapi Alhamdulillah cepat 'pick up'apa2 yg tertinggal.

Ramai kenalan baru..yang ikut balik rumah pun ada nak dengar bisnes baru Pn Marlia,adalah 2,3 orang!Jeng..jeng..jeng.. siapa mereka?Biarlah Rahsia kan..yg penting kami hanya bincang macamana nak majukan lagi kehidupan dengan cara bisnes yang 'Work Hard! Don't Work Too Hard!'

Jom kita layan foto-foto.(Ihsan tuan rumah.Pn Linda).Gmbr2 dari kamera hp saya masih blm sempat di 'upload'kan.

Peserta2 kelas Roti & nasi Arab

Bersama hasil roti
Gaya bebas!


Roti yang amat GEBU!
Berjenis2 Roti


Pengalaman yang MANIS,sebab semua kuih2 manis-manis dan sedap.Alhamdulillah.

Saya sebenarnya memang TIDAK mahir(serius) membuat roti,namun ada juga pengalaman buat roti dan pizza yang menjadi..ada sikit-sikit pengaruh dan stail omputeh kot...

Spaghetti Pizza (slice)

Spaghetti pizza(Italian pizza in pan)


Tuna Quiche(French pizza)
 
Cinnamon Roll
Bun Roll




Terima kasih sekali lagi buat Linda & team.Semoga impian ke Hokkaido tercapai! (ke dah tercapai..tak perasan pulak)

Kepada yang berminat utk mempelajari serba sedikit menu western,adalah sikit2 yang saya tahu..boleh hubungi saya via sms (019-2231442) atau email kan ke homecafekitc@yahoo.com.
Boleh saja ke ''Senarai Menu Pilihan'' utk memilih menu yang sesuai..cuma kena 'Q' sikitlah ya..ada beberapa kelas yang perlu saya tunaikan sebelum bercuti bersama keluarga awal Disember nanti..InsyaAllah.(saya kena tunaikan kelas2 berikut:kelas Tartlet,lava cake,Lasagne,Shepherd pie,Coklat,Quiche,Scone,Cheese cake,Pavlova..blh sms jika ingin menyertai mereka)

Lasagne utk ejen saya (fresh dan frozen)
Hidangan Mandi Chicken utk famili


Salam ceria dari saya
Rozana
homecafekitchen,Kajang.