Tuesday, December 25, 2012

Kelas Masakan Anak2 di Kem Ibadah Cuti Sekolah

Terasa teruja utk berkongsi sedikit ilmu memasak kepada anak2 di Kem Ibadah Anjuran AsSyareef Education Centre,Seksyen 16,Bandar Baru Bangi pada 20hb Dis 2012 yg lalu.

Memandangkan jumlah anak2 ini ramai (dekat 80 org),saya buat keputusan utk buat kelas Demo & Semi-hands On.Yg paling senang apa ya? Haaa...ban roti lah kan..budak2 mesti suka main uli-uli roti..macam main plastisin pulak.

Jom kita layan gambar2 mereka.

Kelas dimulakan utk pelajar perempuan dulu ya!

Uli,jangan tak uli!



Bersemangat dan Ceria nak bakar roti.

Ban sosej jadi pilihan

Sebelum makan,zikir dulu ya!
Anak2 yang rajin mengaji.
Puas rasanya bila lihat anak2 ini gembira..walaupun hasil mereka tak secantik mana,itulah daya kreativiti mereka..lagi pun baru pertama kali.Baik yg perempuan maupun lelaki,kesemuanya telah menunjukkan kesungguhan nak belajar..walau sedikit sangat ilmu yg diberi,yang penting keinginan mereka utk belajar dan mencuba.TAHNIAH DIUCAPKAN UTK MEREKA!

Kepada Ustazah Lili dan teamwork,Jazakumullahkhairan kathira dan terima kasih kerana telah mengundang kami dari homecafekitchen insyaAllah di masa2 akan datang,kita cuba menu yang sedap2 lagi ya,insyaAllah.

Kepada sekolah-sekolah yang ingin mengundang kami utk mengadakan demo masakan kepada para pelajar,bolehlah berbincang dengan pihak kami utk tarikh dan menu pilihan.

Hubungi kami di talian 019-2231442 (Pn Rozana) atau boleh terus email kepada kami di homecafekitc@yahoo.com