Thursday, April 11, 2013

Kelas "Private''Rafizah: Cake in jar Red Velvet,Pizza dan Ban Manis

SELASA ,10pg..dari jauh student saya datang utk belajar CAKE IN JAR dan PIZZA serta BAN MANIS pilihan hari tu.Katanya dh beberapa kali pusing2 cari jalan..Alhamdulillah,sampai juga ke destinasinya.Semoga beroleh ilmu yg manfaat dalam bidang masakan ni .Ameen.

Fizah mengaku tiada 'basic' dlm pembuatan kek dan roti.Mujur saya tak timbang siap2 bahan-bahan kek dan lain-lain.Bagi pelajar yang benar2 'ZERO' dlm bidang kek atau ban ini,insyaAllah kelas 'Private' adalah pilihan terbaik buat anda kerana segalanya anda yang buat sendiri.Kelas DEMO agak kurang sesuai kerana selalunya pelajar hanya akan melihat saja dari jauh.

Kita lihat hasil hari tu.....Taraaa!...Fizah dah boleh berbangga hari tu.Banyak 'tapau'yang boleh dibawa balik utk sang suami di rumah.Belum ada cahayamata katanya..berbulan madu lah dulu ya.Mantapkn ilmu di dapur,nanti lagi cik abang sayang!


Red Velvet Cake In Jar
Pelbagai ban manis





Kami di HomeCafeKitchen mendoakan agar Fizza akan dapat memulakan bisnes 'Baking' dalam tempoh terdekat ini.Tahniah! Kerana telah memulakan langkah pertama dengan membeli 'oven serbaguna' keluaran Noxxa .Bak kata orang,kalah membeli,menang memakai.

Semoga jumpa lagi di kelas akan datang..cup cakes! Yummy!InsyaAllah.

Rozana Othman
HomeCafeKitchen
019-2231442


Wednesday, April 3, 2013

Bengkel Cuti Sekolah:Kelas Cup Cakes dan Lapis Cheezy

CUTI sekolah bulan Mac 2013 lalu ceria dengan kehadiran Remaja,Kanak2 Sekolah dan Kaum Ibu yang hanya time ni je lah yang 'Free"(sbb tak perlu fikir-fikir nak hantar dan ambil anak sekolah)

Menu popular? mmmm...yang mudah! yang menarik ! yang sedap ! apalagi ...CUP CAKES + DEKORASI lah! Tapi sebagai pelengkap makan tengahari hari tu,saya sempat mengadakan DEMO PERCUMA NASI ARAB berlauk.Sangat enak tatkala pertama kali saya menggunakn REMPAH NASI ARAB KABSHAH yang sempat di 'courier' oleh sahabat saya (Pn Linda) yg sentiasa menawarkn diri nak menolong.Terima Kasih Linda!

Menu:Cup cakes (cream frosting)+Lapis Cheezy Blueberry+Tutty Fruity + Nasi Arab Berlauk.
Maaf pada sahabat2 dan anak2 yang datang pada hari tu.Hingga entry ini dihantar,kamera@camcoder saya masih mempunyai sedikit technical problem! Bukan apa...dah lama saya cari wayar penyambung ke laptop,masih belum bertemu hingga sekarang..ghaib tidak semena-mena.

Apa pun,terima kasih pada Pn Shelly (hntr 2 orang anak hari tu) yang sanggup email sekeping gambar ini buat penyeri blog saya yang telah lama terbengkalai akibat kehilangan wayar tersebut.InsyaAllah,akan saya usahakan gambar2 lainnya secepat mungkin.

Semoga bertemu lagi di Bengkel Cuti Sekolah akan datang dengan menu yang lebih enak dan best!

Utk yang berminat,sila hubungi kami utk tarikh kelas dan menu pilihan.
Kami sedaya upaya akan berusaha utk memenuhi MENU & BAJETanda.InsyaAllah.

Pn Rozana
HCK
April 2013