Wednesday, April 3, 2013

Bengkel Cuti Sekolah:Kelas Cup Cakes dan Lapis Cheezy

CUTI sekolah bulan Mac 2013 lalu ceria dengan kehadiran Remaja,Kanak2 Sekolah dan Kaum Ibu yang hanya time ni je lah yang 'Free"(sbb tak perlu fikir-fikir nak hantar dan ambil anak sekolah)

Menu popular? mmmm...yang mudah! yang menarik ! yang sedap ! apalagi ...CUP CAKES + DEKORASI lah! Tapi sebagai pelengkap makan tengahari hari tu,saya sempat mengadakan DEMO PERCUMA NASI ARAB berlauk.Sangat enak tatkala pertama kali saya menggunakn REMPAH NASI ARAB KABSHAH yang sempat di 'courier' oleh sahabat saya (Pn Linda) yg sentiasa menawarkn diri nak menolong.Terima Kasih Linda!

Menu:Cup cakes (cream frosting)+Lapis Cheezy Blueberry+Tutty Fruity + Nasi Arab Berlauk.
Maaf pada sahabat2 dan anak2 yang datang pada hari tu.Hingga entry ini dihantar,kamera@camcoder saya masih mempunyai sedikit technical problem! Bukan apa...dah lama saya cari wayar penyambung ke laptop,masih belum bertemu hingga sekarang..ghaib tidak semena-mena.

Apa pun,terima kasih pada Pn Shelly (hntr 2 orang anak hari tu) yang sanggup email sekeping gambar ini buat penyeri blog saya yang telah lama terbengkalai akibat kehilangan wayar tersebut.InsyaAllah,akan saya usahakan gambar2 lainnya secepat mungkin.

Semoga bertemu lagi di Bengkel Cuti Sekolah akan datang dengan menu yang lebih enak dan best!

Utk yang berminat,sila hubungi kami utk tarikh kelas dan menu pilihan.
Kami sedaya upaya akan berusaha utk memenuhi MENU & BAJETanda.InsyaAllah.

Pn Rozana
HCK
April 2013