Tuesday, December 25, 2012

Kelas Masakan Anak2 di Kem Ibadah Cuti Sekolah

Terasa teruja utk berkongsi sedikit ilmu memasak kepada anak2 di Kem Ibadah Anjuran AsSyareef Education Centre,Seksyen 16,Bandar Baru Bangi pada 20hb Dis 2012 yg lalu.

Memandangkan jumlah anak2 ini ramai (dekat 80 org),saya buat keputusan utk buat kelas Demo & Semi-hands On.Yg paling senang apa ya? Haaa...ban roti lah kan..budak2 mesti suka main uli-uli roti..macam main plastisin pulak.

Jom kita layan gambar2 mereka.

Kelas dimulakan utk pelajar perempuan dulu ya!

Uli,jangan tak uli!



Bersemangat dan Ceria nak bakar roti.

Ban sosej jadi pilihan

Sebelum makan,zikir dulu ya!
Anak2 yang rajin mengaji.
Puas rasanya bila lihat anak2 ini gembira..walaupun hasil mereka tak secantik mana,itulah daya kreativiti mereka..lagi pun baru pertama kali.Baik yg perempuan maupun lelaki,kesemuanya telah menunjukkan kesungguhan nak belajar..walau sedikit sangat ilmu yg diberi,yang penting keinginan mereka utk belajar dan mencuba.TAHNIAH DIUCAPKAN UTK MEREKA!

Kepada Ustazah Lili dan teamwork,Jazakumullahkhairan kathira dan terima kasih kerana telah mengundang kami dari homecafekitchen insyaAllah di masa2 akan datang,kita cuba menu yang sedap2 lagi ya,insyaAllah.

Kepada sekolah-sekolah yang ingin mengundang kami utk mengadakan demo masakan kepada para pelajar,bolehlah berbincang dengan pihak kami utk tarikh dan menu pilihan.

Hubungi kami di talian 019-2231442 (Pn Rozana) atau boleh terus email kepada kami di homecafekitc@yahoo.com  


 





Sunday, December 16, 2012

Cake in Jar: Red Velvet

Selalu buat DEMO je dalam kelas,kali ni sahabat baik Pn Hjh Fauziyah minta buatkan ''Doorgift Wedding'' utk VIP utk majlis perkahwinan anaknya.Mmmm...sudah jodoh berkahwin dgn anak Menteri,saya usahakan juga buat 'something special' utk beliau.(walau K.Fauziyah keep on saying,''apa-apa aje,asalkan cantik!''

Saya pilih sesuatu yg in trend sekarang.CAKE IN JAR! Red Velvet pastinya jadi pilihan!







Saya pilih tema Inggeris kali ini..memang sangat2 suka dengan stail kedesaan Inggeris ini.Harap2 Pn Hjh Fauziyah suka dengan doorgift ini.(Alhamdulillah,kwn2 meminatinya,cuma lain kali saya akan ikut citarasa kek pilihan mrk pula)

Kek ini boleh dipelbagaikan.Boleh taruh Tiramisu,Rainbow cake malah Moist Choc cake pun boleh aje..yg penting pemilihan balang kaca atau plastik yg sesuai.Kalau pilih yg kaca,boleh je nk bakar terus kek tu mengikut kaedah ''Water Bath'' atau ''Bain Marie'',cuma tak bolehlah nak ber 'layer-layer' lah.Dah taruh krim,dah tak boleh bakar lagi dlm oven.

Tapi yg saya buat,adalah menggunakan teknik 'Mencetak' kek..cuma,ehemm..kenalah bersabar membakar kek yg banyak sblm dicetak satu persatu.Lenguh2 gak lah...tapi it was FUN! Time cuti sekolah,anak2 dan suami ringan tangan menolong.Alhamdulillah.

Bagi yg minat nak belajar teknik ''Cake in Jar'' ini bolehlah email ke homecafekitc@yahoo.com
 Sms lebih mudah utk dptkan maklumbalas.019-2231442

Jumpa lagi di menu seterusnya.InsyaAllah.

Monday, December 3, 2012

Kelas Nasi Arab,Pizza,Roti dan Kek Carrot bersama RIANG BAKERY

Kelas yang sungguh' HAPPENING' , MERIAH dan MEWAH dengan MAKANAN! Itulah yang dapat saya gambarkan pada kelas masakan oleh RIANG BAKERY pada 28hb Nov 2012 lalu di teratak kami di HomeCafeKitchen.Ada yang datang sejauh Rawang utk menimba ilmu.Good Job Kamsiah!

Tak dilupakan,jutaanTERIMA KASIH DAUN KELADI kepada Pn Linda dan K.Ina kerana sudi mengadakan kelas demo di tempat saya.Makanan-makanannya pun enak,tak lupa mempromosi sekali ''Periuk Ajaib'' Noxxa yang boleh memasak Nasi Arab dlm 10 minit sahaja! Sungguh Ajaib kan!

Itulah teknologi namanya!

 (Lepas tu tak menang tangan saya ambikkan order mereka.Dengan oven-oven sekali laris!.Tak sabar nak  buat roti sendiri katakan...)


Sessi Penerangan Resepi
Jom,kita lihat satu persatu 'Moment" tersebut.

Ikut sukatan ya...

Antara peserta yang khusyuk...yg menyembang pun ada!hi hi..
Aksi peserta.Steady Kak Tipah!
Ni Carrot cake.T.kasih Pn Linda!

Roti wholemeal sebijik mcm kat kedai!

Posing dulu sebelum makan.Sabar yea.
 
Nasi Arab versi ''Orang Kita''
Juadah Hari ini.Macam-macam ada!

Naik hancur saya potong roti..sori ya..dah tak sabar

Kepada yang berminat nak sertai kelas begini,sila hubungi saya di 019-2231442
atau boleh tinggalkan mesej di homecafekitc@yahoo.com atau mesej di sini saja.

Yuran kelas amat-amatlah berpatutan, 5 menu hanya Rm50,ok kan?
InsyaAllah,di lain masa saya akan aturkan menu2 WESTERN pulak dengan tawaran yuran yg berpatutan.Jumlah peserta hanyalah dari 6-12 orang sahaja.Ok,hingga di sini...kita jumpa di kelas seterusnya.InsyaAllah.

Salam Ceria dari saya:
Rozana Othman

(Sempat jugak saya buat pizza pada hujung minggu tu mengikut tunjuk ajar cikgu.Taraaa...!!
15 minit bakar dah jadi.!.buat utk breakfast lagi.Happy je anak2 saya...

Homemade Pizza Ayam
T.Kasih mama.Yummy!