Friday, November 23, 2012

Kelas Private Dengan Azian(Wan Cu)

TEPAT Jam 9pg.Pn Azian atau Yan dah menanti di luar pagar..saya yang terkejar-kejar membuka pintu kerana tak dengar loceng pagar.Mana nak dengar,2-2 loceng kat luar dah 'demam'..kadang2 bunyi,kadang2 buat hal..sabar je lah.

'Salute' sangat pada Yan..bab 'punctuality'@tepati masa ni betul2 dijaga..sebenarnya orang islam kena macam ni lah kan..tapi sayangnya,selalu juga terkandas..hal anak lah,hal suami lah dan macam2 lagi seribu satu alasan bila dah lambat.Takpelah..awal tahun,AWAL MUHARRAM ni nak berazam nak 'punctual' pada waktu solat.Ameen!

Alkisahnya..hari ini menu pilihan adalah: TUNA QUICHE,LAVA CHOC CAKE & CHEESE TART FILLING.

Yan nak belajar sebab nak serius buat bisnes.Dah dapat offer pun utk sain kontrak dgn company besar..cuma tengah 'pening-pening lalat' memikir,nak sain ke tidak.Tapi dah belajar ni,bolehlah praktis2 dulu sblm supply kat company besar tu yea..ke nak akak buat kan?? satu dua bolehlah kan..

                  Terror jugak Yan menguli..tup-tup dah jadi doh.Ok lah tu...boleh start bisnes..........

                Memang sengaja bagi Yan ''full hands on kali ni''..baru dpt 'feel' air tangan sendiri.




      Ni Yan's favourite's part.Main-main dengan Cheese tart filling with blueberry.Jgn jadi cup cake yea!

Dah siap pun! EHH!! sekejapnya.Itulah komen dari Yan bila dpt masak semua ni dlm kurang dari 2 jam.
Sessi food testing and tasting! Tapi alahai..awat Yan jamah ciput sangat.Kalau org lain,dh NGAP masuk mulut semua.
Tuna Quiche,Lava Choc Cake & Cheese Tart
Inilah kesemua hasil yang telah di 'baking' hari ni.Sayangnya,Pn Azian tak nak bwk balik..lepas kena paksa baru bawak balik,tu pun sikit sangat.Alasan:''Takde sapa nak makan!'' Mujur ada tetamu dtg lepas tu,Pn Linda dan suami.Ingat tau!.Kelas nasi Arab hari rabu dpn,insyaAllah.Ramai nak serbu kelas Linda ni.

Ok lah,berehat dulu utk sekarang.Utk yang berminat menghadiri 'special class',calling-calling atau sms pun boleh yea.Kelas 'personal'mcm ni taklah mahal sangat..bermula dari Rm150 sahaja.

Salam ceria dari saya,
Rozana 
019-2231442
homecafekitchen









Tuesday, November 20, 2012

Meninjau Dapur Riang Bakery.

DAH lama saya tak meninjau Dapur orang..pada tarikh 20hb Nov 2012,saya 'Jalan-Jalan Cari Makan' bersama sahabat karib,Marlia mencari aroma ROTI,PIZZA DAN NASI ARAB di rumah kenalan baru.

Pusing punya pusing,sesat sampai Kilang KACA! Alamak! takkan buat roti kt kilang KACA???

Saya terus tak putus asa..mmg niat saya nak tuntut ilmu walau saya memang arif Pn Linda memang bakal memperkenalkan satu produk baru kepada kami sebenarnya..saya tak pernah kisah itu semua.Selok belok perniagaan saya dah alami,tak salah rasanya memberi peluang dan ruang utk anak bangsa sendiri nak berniaga dengan cara dan gaya tersendiri.

Akhirnya saya tiba di kawasan yang dimaksudkan..kelas dah bermula tapi Alhamdulillah cepat 'pick up'apa2 yg tertinggal.

Ramai kenalan baru..yang ikut balik rumah pun ada nak dengar bisnes baru Pn Marlia,adalah 2,3 orang!Jeng..jeng..jeng.. siapa mereka?Biarlah Rahsia kan..yg penting kami hanya bincang macamana nak majukan lagi kehidupan dengan cara bisnes yang 'Work Hard! Don't Work Too Hard!'

Jom kita layan foto-foto.(Ihsan tuan rumah.Pn Linda).Gmbr2 dari kamera hp saya masih blm sempat di 'upload'kan.

Peserta2 kelas Roti & nasi Arab

Bersama hasil roti
Gaya bebas!


Roti yang amat GEBU!
Berjenis2 Roti


Pengalaman yang MANIS,sebab semua kuih2 manis-manis dan sedap.Alhamdulillah.

Saya sebenarnya memang TIDAK mahir(serius) membuat roti,namun ada juga pengalaman buat roti dan pizza yang menjadi..ada sikit-sikit pengaruh dan stail omputeh kot...

Spaghetti Pizza (slice)

Spaghetti pizza(Italian pizza in pan)


Tuna Quiche(French pizza)
 
Cinnamon Roll
Bun Roll




Terima kasih sekali lagi buat Linda & team.Semoga impian ke Hokkaido tercapai! (ke dah tercapai..tak perasan pulak)

Kepada yang berminat utk mempelajari serba sedikit menu western,adalah sikit2 yang saya tahu..boleh hubungi saya via sms (019-2231442) atau email kan ke homecafekitc@yahoo.com.
Boleh saja ke ''Senarai Menu Pilihan'' utk memilih menu yang sesuai..cuma kena 'Q' sikitlah ya..ada beberapa kelas yang perlu saya tunaikan sebelum bercuti bersama keluarga awal Disember nanti..InsyaAllah.(saya kena tunaikan kelas2 berikut:kelas Tartlet,lava cake,Lasagne,Shepherd pie,Coklat,Quiche,Scone,Cheese cake,Pavlova..blh sms jika ingin menyertai mereka)

Lasagne utk ejen saya (fresh dan frozen)
Hidangan Mandi Chicken utk famili


Salam ceria dari saya
Rozana
homecafekitchen,Kajang.

Wednesday, November 7, 2012

Private Class dengan Wanie.


Assalamualaikum semua.

First,seronok dapat berkongsi rasa dan ilmu dengan Wanie semalam.Jauh-jauh datang dari Sentul,sanggup ambil cuti kerja..alahai terharunya melihat kesungguhan orang.Ni yang buat bersungguh nak salurkan ilmu ni!

Mmmm..mula2 kita buat Kit Kat Cheese cake.Ye lah,sambil buat Rainbow cake dan muffin nanti,tup tup mesti dah 3 jam,dh boleh makan Cheese Cake tadi sebab dah 3 jam disejukkan.

'Marble Like Decor'

Kit Kat Cheese Cake

Apple Walnut Muffin


Kek Rainbow utk 'Birthday'

Hias kek Rainbow




Dengan cikgu dekor.K.Ayu

Wanie & K.Zana

'Happy nak tunjuk hasil kat suami'


Hasil hari ni!

Kita tinggalkan dulu kisah Wanie dan semangat nak berhenti kerjanya.K.Zana dan K.Ayu doakan agar sukses dalam kerjaya baru dan semakin bijak mengurus rumahtangga.Ooops! Lupa pulak.
Selamat Pengantin Baru ya! Baru 4 bulan tu,barulah tu....!

Kepada yang berminat nak belajar kek-kek macam Wanie,jgn segan2 utk sms..anda pilih waktu yg sesuai,nanti saya set kan 'time' utk anda ya.Yuran? boleh bincang..jgn risau...

Salam Terindah dari saya.
Rozana.

Monday, November 5, 2012

Chocolate Caramel Cheese Cake

Untuk hari ini,sempat juga siapkan sebiji kek ''Caramel Cheese Cake'' utk jamu friends yg datang ke rumah.Esok ada 'Private Class' bersama Wanie.Wanie dh pilih ''Mars Bar Caramel Cheese Cake''.Rainbow cake & Apple Walnut Muffin.

Saya kongsikan gambar Kek Keju pilihan hari ni.Taraaa...''Have A Break! Have A Kit Kat Cake!

Jom layan keenakkannya..yum yum...

Kit Kat Caramel Cheese Cake
Nanti dalam kelas saya,saya akan kongsikan beberapa tip nak membuat caramel.Yang macam butterscotch pun ada.

Berminat nk mencuba? hubungi saya di 019-2231442 (Rozana Othman),boleh booking nak belajar CHEEEEESE CAKE saje.no problem!

Kit Kat Slice Cheese Cake

Saturday, November 3, 2012

Apam Polkadot & Apam Pelangi

Apam polkadot & Pelangi

Minggu ni memang agak 'bzee' dgn pembuatan Apam polkadot & Apam pelangi..bermula dari menyediakan 'Set Berniaga' utk anak yg cuba2 jadi usahawan kt sekolah (bawa 50 biji ,laris dlm beberapa minit!) hinggalah ke tempahan kawan baik,Pn Marlia ..utk dihadiahkan pada  jiran sebelah rumah utk jamuan kenduri.

Rasanya tak 'best' kalau tak berkongsi resepi yg sangat mudah ni pada sahabat2 blogger...bukan saja boleh buat makan2,buat duit poket pun boleh..tapi janganlah jual mahal sgt yea!.Dlm 80sen ke Rm1,ok lah rasanya utk muffin cup yg bersaiz medium.

Apam polkadot.

Bahan:
3 biji telur
275g tep gandum (tak perlu ayak )
220g gula halus
150ml susu tepung/segar
3sdteh baking powder
1 sudu kecil ovallete/quick 75
(Blueberry/strawberry filling/jam)

Cara:
1.Campurkan semua bahan di atas (kecuali 'filling jam')
2.Putar pd 'high speed' hingga kembang (10 minit)
3.Bahagikan kpd 2 warna (atau bbrapa warna)
4.Dlm muffin cup,tuang 1 sudu bancuhan dulu,letakkan 'filling' 1 sudu,kmdian sudukan
  lagi 2  atau 3 sudu bancuhan (hingga ke paras 1/2 cup atau 3/4)
5.Akhir sekali,'pipe' kan sedikit bancuhan berwarna utk dijadikan 'polkadot'atau
   corak pelangi di atasnya.
 6.Susun di dlm kukusan dan kukus selama 10 min.

      Dah pun siap! SENANG KAN! SELAMAT BERINSPIRASI DGN WARNA!

*Tip:elakkan titisan air dari penutup pengukus dari jatuh ke permukaan apam.Boleh tutup dgn foil sbg langkah berhati2.