Wednesday, April 4, 2012

''Private Class'' HomeCafeKitchen

SESEKALI jika ada 'special request' dari kawan ,saya akan luangkan masa buat "Private Class'' .Ikutlah mereka nak resipi apa..ataupun saya sarankan,mereka setuju,baru 'ON'

Bayaran terpaksalah 'Up' sikit,sebab kos tetap tinggi,dibahagikan pula dengan orang yang sedikit..tapi rasanya masih Ok-Ok lagi kot..Rm150 seorang (kalau berdua @Rm120 seorang).Dapat 3 menu serentak!

Semalam 7hb April,Niza,Wani & Mira(anak sedara) adalah pelajar-pelajar di kelas 'private' saya.Thanx Mira,tolong Maksu basuh pinggan..lega sikit rasanya.Alhamdulillah

Saya kongsikan sikit gambar-gambarnya ya...

'Pipping Macaroon'

''Pavlova Meringue''

''Fresh Cream...''

Mini Pavlova


 Lepas kelas,sementara menunggu makanan dalm 'oven',sempat saya masakkan mereka ''Mee gulung Chinese Style''.Sayang..dah makan dulu sebelum gambar dirakam.Simple! tapi enak! hasil perkongsian resipi dari kak Kartina,kawan 'Chinese Muslim' saya yang tak lokek berkongsi resipi.

InsyaAllah,kalau ada kelapangan,saya masak dulu..ambil gambar cantik2,saya akan kongsikan resipinya di sini.

Pada yang hadir semalam,maaf saya pinta sekiranya ada yang terkurang..terutama Macaroon..cuaca dah ok,suhu sesuai (hujan semalam),tapi Macaron tak secantik hasilnya.Saya agak masa putar telur terlebih laju masa awal dan gula dah dimasukkan semua sekaligus tanpa sempat saya perhatikan.Sekelip mata..adunan boleh berubah jadi 'cair;..Macaroon ni memang banyak 'pantang larangnya'.Nantilah..saya akan buatkan adunan yang lain,nak beri Niza jiran saya rasa..dia minat Macaron,tapi semalam lebih suka membuat Pavlova..senang kan!

Menu seterusnya.Lava Choc cake ,Red Velvet cake & Tuna Quiche.Tak ada apa-apa halangan,insyaAllah pada 11hb April (Rabu).Kalau ada,saya akan kongsikan juga gambar dan resipi2nya.

Lava Choc Cake

No comments:

Post a Comment