Monday, September 29, 2014

PRIVATE CLASS" Strawberry Cheese Cake" Bersama Ibu Dewi.

SEKIAN lama beristirehat,Alhamdulillah, kesakitan di tumit kaki telah pulih sepenuhnya. Rasanya saya telah berehat selama 9 atau 10 bulan tidak mengajar apa-apa kelas masakan. Macam cuti mengandung pulak hi hi !

Apa pun,semalam saya telah 'make a come back'' ! Semuanya bermula semula setelah Mak June (auntie saya) mengajak temannya dari Jakarta belajar ilmu Cheese cake di rumah.Katanya pernah makan di rumah mama saya hari raya lepas.(dah tak ingat dah...)

Menu pilihan kali ni: STRAWBERRY CHEESE CAKE ! Bestnya ! Malam sebelum tu saya dh siap-siap buatkn sebiji kecil..ye la,nnti bila dh siap ,pelajar mesti nk bawa pulang,yang kt rumah nnti tengok aje..paling-paling dapat jamu tetamu-tetamu yg datang ke rumah hari tu. CHEESE CAKE pun ambil masa 1 malam tau utk hasil yang terbaik !

Saya sempat abadikan gambar-gambar ini sebagai kenangan bersama IBU DEWI yang baik hati ! Tak lupa pada Mak June (auntie yang tak pernah lupa anak sedara) kerana kenal kan pada sahabat dari Seberang.

Strawberry No Bake Cheese Cake




''Tenang-tenang aja bu !''




Special Packaging utk bawak naik pesawat

Semoga Ibu Dewi gembira dengan hasilnya ya! Nanti bila pulang ke Jakarta (1hb Okt 2014) ,bolehlah buka kelas mengajar di sana. Katanya mau datang lagi ke Kuala Lumpur kan! Nanti bisa belajar menu lain lagi..(Aduhh...kelam kabut bahasa Indon ku..!!)

Sehingga di sini entri kali ini,semoga bertemu lagi di entri seterusnya. Kaki dah baik..boleh lah roger-roger saya semula utk request mana-mana kelas yang dihajati. InshaAllah saya sedia berkongsi sekadar yang mampu.

Rozana
011-18636045
* Jemput LIKE fb page saya : Kids Home Kitchen

No comments:

Post a Comment